128,165 Individu Gagal Bayar Cukai Dilarang Keluar Negara


Seramai 128,165 individu dilarang ke luar negara setakat Jun tahun ini kerana gagal menjelaskan cukai.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2), Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan 128,165 sijil sekatan ke luar negara setakat Jun 2016 membabitkan tunggakan cukai berjumlah sehingga RM3.4 bilion.

Individu yang disenaraikan perlu menjelaskan cukai mereka sebelum memohon penarikan semula sekatan berkenaan.

Bagaimanapun, mereka yang tidak dapat membayar jumlah penuh masih boleh memohon untuk pelepasan sementara yang membolehkan individu berkenaan mendapat tempoh pelepasan terhad yang diluluskan. - BNBCC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA