Wujudkan Profil Kampung Agar Rakyat Tidak Tercicir Dari Arus Pembangunan



SIMUNJAN : Bagi memastikan tiada yang tercicir dari arus pembangunan, ketua-ketua masyarakat perlu mewujudkan satu profil kampung yang lengkap dan terperinci.

Penghulu Batang Kanan Pelie Jumbu berkata setiap kali pemimpin masyarakat bermesyuarat di Pejabat Daerah, perkara utama yang dibangkitkan adalah isu pembangunan.

"Setiap pemimpin masyarakat daripada penghulu, ketua kampung, tuai rumah dan JKKK seharusnya bekerjasama untuk menyampai maklumat serta memastikan rakyat menerima pembangunan yang sepatutnya.

"Bagi memenuhi profil kampung tersebut, pemimpin masyarakat harus mencatit nama rakyat yang belum lagi menerima bekalan air bersih, elektrik dan jalan yang belum diturap," katanya di majlis pemimpin bersama rakyat N30 DUN Balai Ringin semalam.

Menurut beliau lagi, bagi yang terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo harus memberitahu ketua masyarakat dimana lokasi rumah baru yang didirikan bagi memudahkan untuk dibekalkan bekalan air, elektrik dan jalan.

"Oleh itu pemimpin masyarakat seharusnya menyampaikan setiap maklumat berkenaan pembangunan dari kerajaan akan diterangkan kepada rakyat dengan lebih terperinci.

"Ini akan membolehkan rakyat memahami dasar kerajaan untuk rakyat dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan," ujarnya.

Tambah beliau lagi, bagi rakyat yang hendak membina penempatan baru haruslah memohon pendaftaran penempatan mereka sebagai kampung baru jika penempatan tersebut memiliki lebih 20 buah rumah atau 20 pintu rumah panjang dan permohonan tersebut akan disahkan oleh kampung dan sokong oleh wakil rakyat dan dilanjutkan kepada pihak atasan untuk tidakan selanjutnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA