Warga Korea Di Jepun Dakwa Jadi Mangsa 'Keganasan Wasabi'


OSAKA: Sekumpulan rakyat Korea di Jepun dilaporkan berang dengan sebuah restoran sushi di sini yang menyajikan terlalu banyak wasabi terutamanya kepada pelanggan Korea.

Mengikut media tempatan Jepun pada Isnin, sebuah rangkaian restoran terkenal, Ichiba Sushi seolah melancarkan "keganasan wasabi" kepada kalangan pengunjung asing, khususnya dari Korea.

Di Jepun, sushi dihidangkan bersama wasabi yang sudah dimasukkan ke dalam sushi, manakala di tempat lain, pes hijau pedas itu dihidangkan berasingan bagi mereka yang tidak biasa dengan rasanya yang pedas.

Gambar sushi, dengan lapisan luar wasabi yang tebal menjadi viral di Jepun dalam kalangan warga Korea yang marah dan mendakwa menjadi sasaran jenayah "benci-lidah".

Susulan kontroversi itu, Ichiba Sushi mengeluarkan kenyataan pada Isnin yang menyebut: "Oleh kerana permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan asing yang mahukan lebih wasabi, kami secara tidak sengaja menyebabkan satu pengalaman yang tidak menyenangkan kepada mereka yang tidak biasa dengan sambal itu."

Ichiba Sushi turut berjanji untuk meningkatkan latihan kakitangannya. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA