Warga Indonesia Hilang Dua Jari Tangan Dalam Pengisar Daging




BINTULU : Seorang warganegara Indonesia hilang dua jari apabila jari tangannya tersepit dalam mesin pengisar daging di sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, warga Indonesia yang hanya dikenali dengan nama Irwan,22, tersepit jari tangan semasa mengisar daging di restoran tempatnya bekerja pada pagi ini dan pergi ke Balai Bomba Bintulu pada pukul 10.45 pagi untuk meminta bantuan.

"Mangsa telah dibawa ke Balai Bomba Bintulu bersama dengan mesin pengisar daging, dengan bantuan pegawai perubatan Hospital Bintulu yang dipanggil ke balai. Tangan mangsa berjaya dikeluarkan setelah mangsa diberi ubat bius supaya mangsa tidak sakit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tiba ke balai bomba bintulu pada pukul 10.45 pagi telah kehilangan jari hantu dan telunjuk.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu pada 11.48 pagi," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA