Warga Emas Pandu Kereta Laga Bersiar-Siar Di Bandar


DUA orang lelaki warga emas dirakam memandu kereta laga atau ‘bumper car’ di atas sebatang jalan raya di Shenyang, China pada Sabtu lalu.

Gelagat dua warga emas yang menaiki kereta laga berwarna kuning dan hijau itu diambil oleh seorang netizen yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Foto tersebut menjadi viral di negara itu setelah netizen tersebut memuat naiknya di laman sosial Weibo.

Meskipun kedua-dua lelaki ini memandu kereta laga dalam keadaan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Namun, tindakan mereka itu tetap mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan diri mereka sendiri kerana kereta berkenaan bukan direka untuk kegunaan di atas jalan raya tetapi untuk hiburan di taman tema.

Menerusi foto yang tersebar, pasangan itu dilihat berhenti di salah satu lampu isyarat di bandar berkenaan menunggu giliran untuk meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Rata-rata netizen yang melihat gelagat dua lelaki warga emas itu turut menzahirkan keinginan untuk melakukan hal yang sama.

“Impian masa kecilku menjadi kenyataan,” tulis seorang netizen.

Manakala seorang lagi berkata, “Bukankah kereta laga memerlukan kuasa elektrik untuk bergerak?” soalnya.

Namun kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di negara itu. Pada tahun 2013, sekumpulan empat pekerja sebuah taman tema Shanghai turut melakukankan perkara yang sama. -MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA