Waran Tangkap Kerana Gagal Hadir Sebutan Kes Dadah


MIRI: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki yang dituduh mengambil dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine kerana gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Mahkamah memerintahkan waran tangkap tersebut dikembalikan pada 10 November depan.

Mohammad Affendy Sapie, 23, dari Kampung Sg. Adong di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasuk dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 pagi, 29 Julai 2016 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA