Wanita Paling Gemuk Dunia Seberat 500 kg


KAHERAH: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.

Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.

Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.

Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.

Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA