Wanita Cedera Tong Gas Meletup Ketika Memasak


SEREMBAN:  Seorang wanita warga emas melecur di bahagian tangan, kaki dan dada apabila tong gas petrolium cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman SerembanJaya di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Muhammad Faiz Suleiman berkata, kejadian berlaku sewaktu wanita berusia 60 tahun itu sedang memasak pada pukul 10.30 pagi.

"Apabila kami sampai api sedang marak di bahagian dapur dan sebuah bilik di rumah itu.

"Mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) oleh orang ramai yang menyedari kejadian itu," katanya di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, dapur dan sebuah bilik di rumah itu mengalami kerosakan teruk dalam kebakaran tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA