Wanita Berotot Miliki Wajah 'Barbie'


RUSIA: Seorang bintang kecergasan lnstagram memiliki pengikut seramai 325,000 orang kerana mempunyai wajah seakan anak patung serta bentuk badan berotot yang luar biasa.

Julia Vins, 20 tahun telah memecahkan rekod ‘World Powerlifting Congress’ untuk kategori ‘squatting’ seberat 215kg, ‘bench pressing’ seberat 120kg dan ‘dead-lifting’ seberat 190kg bersama dengan riben di kepalanya.

Menurutnya, dia mula pergi ke gim sewaktu berumur 15 tahun dan tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang itu serta hanya mengikut apa yang orang di sana lakukan.

“Di gim, saya jumpa lelaki berbadan paling besar di sana dan mengikut latihan yang dilakukannya berulang kali.

“Saya adalah bukti bahawa anda boleh menjadi comel dan juga boleh mengangkat berat pada masa yang sama menggunakan steroid,” katanya kepada mirror.co.uk.

Gadis tersebut turut menyatakan penghargaan kepada teman lelakinya yang banyak memberikan latihan dan sokongan kepada dia kerana tidak banyak lelaki yang bersetuju dengan profesionnya.

“Ramai bertanya kepada saya bahawa saya boleh menjadi seorang model dengan wajah saya ini dan mengapa saya merosakkan tubuh badan saya.

“Selalunya, komen ini dibuat oleh manusia yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka, oleh itu saya tidak mengambil berat pendapat mereka itu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, tanggapan masyarakat tentang wanita di Rusia tidak akan berubah di mana mereka menganggap fungsi wanita hanyalah di rumah dan di dapur sahaja.

“Ketika saya mengembara ke benua Eropah dan Asia, saya perasan bahawa orang di sana lebih hormati saya dan walaupun mereka tidak suka dengan apa yang saya lakukan, mereka masih menghormati pilihan saya,” katanya. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA