Wang KWAPM RM35,000 Lesap Di Sarikei


SARIKEI: Seorang guru yang baharu sahaja mengeluarkan sejumlah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM35,000 di Jalan Masjid Lama, di sini, petang semalam berputih mata selepas disamun dua penjenayah bermotosikal.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu, kedua-dua suspek difahamkan memecahkan cermin kereta mangsa selepas wang terbabit dikeluarkan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Mat Jusoh Mohamad mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa diekori dua penjenayah berkenaan selepas selesai mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank berhampiran dan ketika mangsa menyedari diekori mangsa menyembunyikan beg sandangnya di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelum mengunci keretanya dan pergi ke sebuah kedai membaiki mesin pencetak."katanya 

Beliau menambah, siasatan lanjut ke atas kes berkenaan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA