• Waktu Kerja Penjawat Awam Kekal Seperti Sekarang - KSN

    Published: Wednesday, 12 October 2016
    A- A+

    PUTRAJAYA: Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.

    Beliau berkata, cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko 'menjejaskan' perkhidmatan awam.

    Katanya, penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

    "Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

    Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Waktu Kerja Penjawat Awam Kekal Seperti Sekarang - KSN "