VIDEO: Polis Buru Lelaki Rompak Hotel Bajet Di Kuching


KUCHING: Polis sedang giat memburu seorang individu yang terbabit dalam kes rompak sebuah hotel bajet disini awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan tiga petugas wanita yang berada di kaunter pendaftaran didatangi seorang penjenayah bersenjatakan parang dalam cubaan merompak sebuah hotel bajet pagi tadi.

Dalam kejadian pertama pada jam 2.20 pagi itu, ketiga-tiga petugas wanita berada di kaunter pendaftaran hotel dan didatangi seorang lelaki memakai topi keledar yang menyamar sebagai pelanggan.

Suspek pada mulanya bertanyakan tentang bilik sebelum datang semula ke kaunter dan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai dalam simpanan kaunter terbabit.

Bagaimanapun, keengganan mangsa menurut arahannya menyebabkan suspek berang dan mula bertindak agresif dengan mengeluarkan parang dan mengejar ketiga-tiga wanita terbabit.

Antara barangan yang dilarikan suspek ialah tiga unit telefon bimbit dan komputer riba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam kejadian berasingan sebuah lagi hotel bajet telah dirompak oleh individu yang sama kira-kira jam 5 pagi tadi berdasarkan baju yang dipakai oleh suspek.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA