[VIDEO] Cita Citata Hangatkan Anugerah Muzik Dayak 2016



KUCHING : Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 menampilkan artis antarabangsa yang didatangkan khas dari Indonesia bagi memeriahkan lagi suasana.

Cita Citata yang tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching semalam terus dibawa ke Cats Radio fm untuk ditemubual dalam satu rancangan khas.

Beliau turut membuat penampilan khas bertemu peminat di Plaza Merdeka pada jam 3 petang, dan lebih 1000 peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu penyanyi itu lebih dekat.

Pada malam anugerah muzik Dayak yang berlangsung di Borneo Convensyen Center Kuching (BCCK), Cita Citata kelihatan begitu bersemangat membuat persembahan.

Beliau menyampaikan persembahan pertama dengan mendendangkan lagu "Aku Mah Apa Atuh" dan orang ramai terhibur dengan gelagat artis cilik tersebut.

Cita Citata yang sempat ditemubual Sarawakiana mengatakan anugerah muzik ini begitu mantap dan memiliki ciri-ciri penganugerahan yang profesional.

video

Tambah Cita Citata lagi, beliau begitu berpuas hati membuat persembahan dan terharu dengan sambutan yang luar biasa daripada orang Sarawak.

Sebanyak lima lagu yang dipersembahkan dan berjaya menarik penonton untuk menyanyi bersama beliau.

Secara keseluruhannya, persembahan Cita Citata memang mantap diikuti suara beliau yang lantang dan merdu.

Anugerah Muzik Dayak 2016 yang dianjurkan oleh Dayak Artiste Musician Associaion (DAMA) memang berbeza daripada anugerah yang lepas kerana berjaya mengubah konsep dan semakin meningkat mutu penganjuran. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA