[VIDEO] AMD2016 : Goyang Dumang Cita Citata Meriahkan Anugerah Muzik Dayak 2016


KUCHING: Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) menjanjikan sebuah penganjuran anugerah yang paling meriah.

Terdapat 58 artis tempatan yang akan berentap dalam pelbagai kategori anugerah yang berprestij di Sarawak.

Majis anugerah tersebut juga akan menyaksikan kehadiran warga Sarawak yang teramai dalam sejarah anugerah muzik tempatan.

Yang pasti kehadiran penyanyi Indonesia Cita Citata yang popular dengan lagu 'Goyang Dumang, Perawan atau janda' turut membuat persembahan memeriahkan majlis anugerah tersebut.

Disamping itu, artis tempatan turut membuat persembahan untuk menghangatkan suasana serta memperkenalkan lagu yang telah mendapat pencalonan anugerah.

Orang ramai dinasihat agar datang lebih awal bagi mengelak kesesakan berlaku dan tiket-tiket masuk telah diedar di seluruh Bandaraya Kuching.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA