VIDEO, Agensi Kerajaan Dikecam Buli Pelajar


Sebuah rakaman program pembentukan jati diri yang berdurasi hampir tiga minit melibatkan sekumpulan murid perempuan dipaksa masuk ke dalam kolam diisi dengan ular menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kuala Kangsar itu menyaksikan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan tersebut.

Video tersebut telah mengundang kemarahan ‘netizen’ kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan.

Latihan tersebut dilihat sedikitpun tidak membantu murid mengatasi ketakutan, malah rata-rata natizen menyifatkan ia sebagai satu kes buli dan penderaan secara psikologi yang melampau.

Dalam rakaman tersebut jelas kelihatan murid berkenaan menjerit serta menangis ketakutan melakukan aktiviti berkenaan dan beberapa lelaki dewasa menakutkan mereka dengan pancuran air.

Difahamkan program tersebut dikelola oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai latihan kononnya untuk mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.

Sebuah akbar tempatan melaporkan, pihak APM sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.

"APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.

"Jadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular," Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman dipetik sebagai berkata. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA