Undang-undang kasi 'akan hapuskan jenayah seks' - Jokowi


JAKARTA: Undang-undang baharu Indonesia membenarkan kaedah mengkasi akan menghapuskan jenayah seks termasuk pedofilia, kata Presiden Joko 'Jokowi' Widodo dalam temubual dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

"Perlembagaan kami menghormati hak asasi manusia tetapi apabila berhadapan dengan jenayah seksual, tiada tolak ansur lagi.


"Kami kuat dan akan terus teguh. Kami akan melaksanakan hukuman maksimum bagi jenayah seksual. Pada pandangan saya, kaedah mengkasi, jika dilaksanakan secara konsisten, akan mengurangkan jenayah seks dan menghapuskan ia," katanya.

Penalti menurut undang-undang baru itu termasuk mati sebagai hukuman maksimum dan kasi, dengan kemungkinan tambahan hukuman penjara dua tahun.

Jokowi menandatangani cadangan undang-undang itu Mei lalu, selepas aktivis dan rakyat menggesa pembaharuan berikutan kes rogol beramai-ramai dan bunuh gadis berusia 14 tahun di Bengkulu, barat Sumatera, April lalu.

Ketika temubual, Jokowi turut bersuara mengenai Laut China Selatan, rasuah, cukai dan pendirian kerajaan mengenai kegiatan homoseksual.


Mengenai rasuah, beliau menegaskan kerajaan mengambil pendekatan 'keras dan tegas.'

"Sembilan menteri, 19 gabenor, 300 pemimpin tempatan dan 100 ahli Parlimen berada dalam penjara kerana rasuah," katanya. - AGENSI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA