Ular Sawa Telan Anak Lembu



GUA MUSANG: Seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dan seberat 100 kilogram yang kekenyangan selepas memakan seekor anak lembu berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Meranto di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, reptilia tersebut ditemui oleh pekerja ladang ketika sedang 'berehat' di kawasan paya selepas membaham anak lembu berkenaan.

Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, ular tersebut tidak bertindak agresif kerana tidak mampu bergerak akibat kekenyangan selepas sejam menelan seekor anak lembu.

"APM mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap ular tersebut berikutan keadaannya yang tidak agresif," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA