Ular Sawa Jantan ‘Bertarung’ Pikat Si Betina


JIKA semalam kecoh seorang penduduk di di Gold Coast, Australia, ternampak beberapa ekor ular mengawan di dalam sebuah kolam mandi yang tidak digunakan.

Kini seorang lelaki bernama Murray Paas turut mengalami situasi yang sama apabila ternampak dua ekor ular sawa sedang ‘bergelut’ di dalam dapurnya.

Paas merupakan pemilik kepada kilang mentega Dayboro yang terletak di Queensland berjaya merakam aksi pertarungan antara dua reptilia itu mengunakan kamera video.

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, kedua-dua reptilia itu dianggarkan memiliki panjang kira-kira dua meter dilihat saling mematuk dan berlingkar antara satu sama lain.

“Saya fikir mereka sedang mengawan memandangkan kedua-duanya memiliki warna yang berbeza, jadi saya beranggapan mereka dari dua jantina yang berlainan.

“Namun beberapa orang mengatakan ia adalah sepasang ular jantan yang sedang bertarung untuk meraih perhatian ular betina yang ada di sekitar,” jelas Paas.

Video yang dikongsi menerusi YouTube menerima ratusan komen daripada netizen dengan pelbagai spekulasi dan andaian tentang tindakan ular berkenaan.

Namun seorang pakar ular sawa dari Universiti Sydney, Daniel Natusch menjelaskan bahawa ular berkenaan sedang dalam pergelutan.

“Mereka cuba menolak kepala satu sama lain ke tanah sebagai tanda penguasaan,” katanya.

Pun begitu, menurut Paas insiden ular bergelut di kediamannya bukan perkara baru dilihatnya.

Malah sebelum ini dia juga pernah berdepan dengan situasi yang sama melihat ular sedang mengawan di siling rumahnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA