UiTM berjaya ubah landskap sosioekonomi negara - Najib


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Majlis Kemuncak Ulang Tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-60 di Dewan Agung Tunku Canselor, universiti itu di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya menyifatkan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang telah banyak mengubah landskap sosioekonomi negara khususnya kepada orang Melayu dan bumiputera.

Menurutnya, kerajaan akan terus memberikan sokongan terhadap pembangunan universiti itu dalam merealisasikan matlamat keseimbangan serta perkongsian peluang yang adil di negara ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyatakan rasa bangganya dengan komitmen UiTM itu yang ditubuhkan sejak tahun 1956 yang bermula sebagai sebuah Dewan Latihan RIDA sehingga taraf universiti pada hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Dr. Hassan Said serta ahli-ahli lembaga pengarah, kakitangan, para pelajar dan alumni universiti itu. - K! ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA