Uggah tinjau masalah pengairan, saliran dan naik taraf jalan ladang


BETONG:
Penduduk di Tanjung Sebekut, Spaoh menerima lawatan mengejut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika orang ramai rehat bercuti umum sempena sambutan Maal Hijrah.
Dalam lawatan itu, Uggah melihat sendiri masalah pengairan dan saliran di kampung itu serta meninjau kerja-kerja naik taraf jalan ladang yang sedang dilaksanakan.
Golongan petani di kampung itu mengambil peluang keemasan itu untuk mengadu masalah yang mereka hadapi terus kepada Uggah selaku Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.
Rata-rata penduduk di situ meluahkan kebimbangan terhadap masalah sistem saliran air masin yang gagal berfungsi seperti diharapkan sehingga tanaman mereka diancam air masin.
Lebih 200 penduduk kampung berkenaan mengusahakan tanaman kontan dan padi, berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan melebihi had minimum RM4,000 sebulan yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Uggah mahu tindakan segera diambil oleh agensi terbabit dan mengarahkan para pegawai beliau membantu penduduk menyelesaikan masalah itu supaya tidak lagi berulang.
Turut hadir pegawai pertanian bahagian Betong pegawai daerah Betong dan kakitangan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Betong. -  UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA