Uggah Tinjau Kesan Air Bah Dii Kampung Spaoh


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam meluangkan masa berkunjung ke Kampung Spaoh, Betong bagi meninjau kesan air bah akibat fenomena air pasang besar.

Hadir sama, Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Betong Bartholomew Emily Ayu dan Pegawai Tadbir Negeri Daerah Kecil Spaoh James Luing.

Perbincangan di lokasi juga dihadiri ketua kaum dan ketua-ketua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kampung Spaoh.

JPS telah diarah untuk mengkaji dan memberi laporan mengenai fenomena air bah itu.

Sementara itu, Uggah turut meninjau sendiri persiapan bagi majlis pelancaran Biro Wanita di Rumah Wilson, Penom.

Penduduk rumah panjang itu bertungkus-lumus dalam usaha menjayakan majlis yang akan dirasmikan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu pada pagi ini. - UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA