TUDM Tubuh Pasukan Siasat Kes Helikopter Terhempas


SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian helikopter miliknya, yang membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, di Tawau pagi tadi.

TUDM turut mengesahkan semua anak kapal dan penumpang helikopter miliknya selamat.

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, helikopter tersebut berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

Katanya, TUDM menghantar pasukan penyelamat ke lokasi insiden dan mengawal kawasan sebelum membawa keluar helikopter terbabit.

"TUDM turut membuat penilaian ke atas kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA