Tuai Rumah Nikmati Kenaikan Elaun #Bajet2017


Dalam pembentangan bajet 2017 yang lalu, turut disentuh berkenaan kenaikan elaun ketua kampung, pengerusi JKKK dan Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-kampung Baru dan Tok batin, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan antara intipati bajet yang dibentang.

Secara keseluruhan, tuai rumah di Sarawak memang mengharapkan kenaikan elaun tersebut. Tugas tuai rumah dipedalaman mungkin sama dengan Ketua Kaum di kawasan urban tetapi tanggungjawab yang membezakan.

Tuai rumah di pedalaman begitu menitik beratkan penduduk dan melakukan apa sahaja untuk kesenangan rakyatnya. Apa juga masalah tuai rumah harus terlibat secara langsung.

Umum mengetahui keadaan jalan di pedalaman memang kurang memuaskan dan lokasi kampung terletak jauh daripada bandar yang memiliki cukup fasiliti. Tuai rumah akan mengguna wang sendiri ketika ada penduduk yang hendak melahir anak dan tuai rumah juga yang menghantar ke hospital.

Segala perbelanjaan minyak, makan minum dan sebagainya menjadi tanggungjawab tuai rumah. Jika ada rakyat yang hendak memohon sijil lahir dan sebagainya yang perlukan tuai rumah sebagai saksi akan sumpah, maka tuai rumah turut serta dan perlunya mengguna wang sendiri.

Oleh itu tuai rumah menyambut baik kenaikan elaun tersebut dan ia akan memberi sedikit sebanyak menambah wang belanja mengurus masalah rakyat kerana tuai rumah mesti bertanggungjawab dalam setiap aspek pengurusan termasuk mengguna wang sendiri demi rakyat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA