Trump Didakwa Cabul Wartawan 10 Tahun Lalu


NEW YORK: Ketika Donald Trump dikritik susulan komen tidak wajar berkenaan wanita, muncul pula dakwaan calon parti Republikan itu melakukan pencabulan ke atas wanita lain.

Dakwaan dibuat oleh seorang wartawan dari majalah People.

Serangan itu dikatakan berlaku lebih sedekad lalu, di mana mangsa, Natasha Stoynoff mendakwa insiden berlaku di pusat peranginan milik Trump, Mar-a-Lago.

Stoynoff mendakwa, Trump mencabulnya ketika dia sedang bertugas membuat liputan berhubung ulangtahun pusat peranginan tersebut.

Tiada sebarang laporan difailkan ke atas Trump kerana mangsa takut dengan kedudukan Trump ketika itu.

Dakwaan ini bagaimanapun dinafikan kempen Trump. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA