Trump Cabar Hillary Jalani Ujian Dadah


PORTSMOUTH, United States: Donald Trump semalam mencabar pesaingnya Hillary Clinton untuk menjalani ujian dadah sebelum debat pusingan ketiga antara mereka.

Cabaran itu dibuat selepas calon Republikan itu mendakwa, Hillary, yang akan mewakili parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 8 November depan menggunakan dadah ketika mereka berdebat sebelum ini.

Serangan terbaru Trump itu dibuat pada masa sama dia menuduh media Amerika Syarikat berusaha memusnahkan kempennya dan memihak kepada Hillary selepas mereka mendedahkan salah laku seksualnya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Dia memulakan debat dengan baik. Tetapi akhirnya, dia kelihatan begitu teruk seolah-olah tidak bermaya, walaupun untuk berjalan ke keretanya.

“Saya berpendapat dia perlu menjalani ujian dadah sebelum berdebat kali ini,” kata Trump, 70, ketika berucap pada perhimpunan di Portsmouth, New Hampshire. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA