Trump bersama wanita dakwa salah laku Bill Clinton


NEW YORK: Menjelang debat presiden Amerika Syarikat, calon Republikan, Donald Trump muncul dengan wanita-wanita yang menuduh Bill Clinton melakukan salah laku seksual.

Beliau menyertai tiga wanita yang mendakwa bekas presiden itu menyerang mereka secara seksual dan wanita keempat mendakwa perogolnya kini dipertahankan oleh pesaing Trump, Hillary Clinton.

Terdahulu, Trump yang panas punggung selepas memberi komen lucah mengenai wanita dalam video pada 2005, menggelar wanita-wanita itu sebagai berani.

Beliau membuat penampilan itu menerusi Facebook Live sejam sebelum perbahasan.

Clinton pula menyifatkan tindakan Trump itu sebagai tindakan yang terdesak. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA