Tragedi HSA : Hanya Tingkat Dua ICU Terjejas - Bomba


JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesahkan hanya tingkat dua wad selatan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas. 

Penolong Pengarah Operasi JBPM Johor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menafikan dakwaan maklumat yang viral di aplikasi WhatsApp dan laman sosial mengatakan keseluruhan bangunan wad itu terjejas.

Bagaimanapun, katanya, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan di wad berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

"Operasi memadam kebakaran dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi membabitkan 166 anggota daripada lima balai bomba berhampiran bandar raya ini.

"Berdasarkan kenyataan seorang kakitangan HSA, dia memaklumkan ternampak kebakaran bermula dari dalam bilik rawatan yang terletak dalam wad ICU berkenaan," katanya ketika ditemui BH di perkarangan Wad Diraja HSA di sini, hari ini.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA