TPM Australia Anggap Tindakan Tidak Wajar


CANBERRA: Keputusan sembilan lelaki warga Australia termasuk seorang penasihat kerajaan bertindak memakai seluar dalam adalah tidak wajar dan tidak bijak, kata Timbalan Perdana Menterinya, Barnaby Joyce.

Katanya, mereka seharusnya lebih berrhati-hati dengan apa yang dilakukan di negara lain.

"Anda berada di negara lain, anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda lakukan. Namun saya pasti dan saya berharap, rakyat Malaysia memahaminya.

"Saya tidak fikir ada niat jahat di sebaliknya. Kebodohan? Ya, niat jahat? Tidak," katanya kepada media di sini.

Beliau mengulas insiden sembilan rakyat Australia, termasuk seorang penasihat kerajaan, ditahan di Malaysia kerana memakai seluar dalam Jalur Gemilang serta minum bir daripada kasut selepas pemandu negara itu, Daniel Riccardo memenangi Perlumbaan Formula Satu, Ahad lalu.

Kerajaan Australia mengesahkan, Jack Walker, penasihat kepada Menteri Industri Petrahanannya, Chris Pyne, antara lelaki berusia 25 hingga 29 tahun yang ditahan selepas memakai seluar renang jenama Budgy Smuggler dihiasi Jalur Gemilang sambil disaksikan ribuan penonton di Litar Sepang, Ahad lalu.

Gambaran jelas
Pejabat Pyne berkata, perkara itu sedang "diuruskan dengan wajat" oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

"Sehingga kami mendapat gambaran jelas istuasi itu, adalah tidak wajar untuk mengulas lanjut," kata kenyataan kerajaan.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Scott Morrison memberitahu saluran Sydney Radio 2GB, penahanan itu adalah sebagai peringatan kepada pengunjung supaya memahami undang-undang tempatan dan menghormatinya.

Kerajaan Australia sudah memberi amaran kepada pelancong, ada standard pemakaian konservatif dan kelakuan di kebanyakan tempat di Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang, Bill Shorten enggan membincangkan insiden membabitkan Walker, mengatakanbeliau tidak mahu membahayakan situasi yang sudah rumit itu.

"Ia sesuatu yang serius apabila warga Australia ditahan di luar negara," katanya kepada media - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA