Tingkatkan Keperluan Asas Luar Bandar



BINTULU : Kebanyakan kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembangunan ialah kawasan yang diwakili oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ketua Pemuda PRS Liwan Lagang berkata, masyarakat yang terdahulu pernah menyatakan bahawa mereka akan menikmati hasil daripada kemerdekaan, tetapi hasil kemerdekaan tersebut belum lagi menyeluruh di pendalaman Sarawak.

"Adakah masyarakat luar bandar sekadar menjadi penonton terhadap projek-projek mega di Sarawak ?

"Kebetulan pula projek mega seperti empangan hidro elektrik berada dikawasan yang diwakili PRS," katanya ketika berucap di Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PRS di sini sebentar tadi.

Liwan berkata, Empangan Bakun, Murum, Lubok Antu dan SCORE semuanya berada dalam kawasan PRS dan menjadi sumber ekonomi terbesar negeri Sarawak.

"Walaupun dalam kawasan PRS tetapi tidak sampai 40% kawasan pendalaman menikmati hasil daripada projek mega tersebut.

"Masih banyak lagi kawasan pendalaman yang belum menikmati bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Pemuda PRS harus bertindak memperjuangakan nasib rakyat pendalaman agar pembangunan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh di masa hadapan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA