Tiga Lagi Suspek SPRM Di Sabah Bebas Tahanan Reman


KOTA KINABALU - Tiga lagi suspek yang ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berhubung projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin antara RM50,000 hingga RM500,000.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini dengan adiknya yang bergelar Datuk, masing-masing dibebaskan dengan ikat RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berhubung kes berkenaan berkata seorang lagi suspek yang merupakan akauntan kepada Datuk berkenaan pula dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Menurut sumber berkenaan, kesemua suspek akan dipanggil semula untuk membantu siasatan pada bila-bila masa sekiranya perlu.

"Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," menurutnya. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA