Tiada Istilah Bankrap Dalam Kamus Ekonomi Negara




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa Malaysia akan bangkrap, dan menjelaskan ia hanya salah faham dan salah persepsi.

"Saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah kerajaan hanya akan dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya kerajaan tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya," katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat semalam.

Antara tiga agensi penarafan antarabangsa berwibawa, Fitch memberi penarafan Malaysia dengan A- berbanding dengan Filipina (BBB-), Thailand (BBB+) dan Vietnam (BB-).

"Malah penarafan Malaysia adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea Selatan (AA-), China (A+), Taiwan (A+) dan Jepun (A).

"Maknanya di sini, istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia!" katanya.

Meskipun berdepan cabaran luar, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada 4 hingga 4.5 peratus tahun ini dan 4 hingga 5 peratus tahun depan setelah kerajaan terus melaksanakan usaha merangsang ekonomi. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA