Tersalah Anggap Sebagai Militan Daesh, 20 Maut


TIKRIT:  Sekurang-kurangnya 20 ahli puak Sunni terbunuh dalam satu serangan udara di selatan Mosul semalam, apabila mereka disalah anggap sebagai anggota militan Daesh.

Menurut kenyataan polis tempatan, mereka masih belum mengetahui sama ada serangan itu dilancarkan oleh pesawat tentera udara Iraq atau pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, jurucakap pakatan AS di Baghdad turut tidak dapat memberikan pengesahan jika pesawat mereka terbang di udara sewaktu insiden itu berlaku. - REUTERS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA