Terperangkap Dalam Tong Sampah



Murcia (Sepanyol): Seorang lelaki warga Romania terperangkap di dalam tong sampah selepas menyangka ia mengandungi pakaian terpakai yang boleh diambilnya.

Penduduk tempatan menghubungi polis selepas terkejut mendengar suara lelaki itu dari dalam tong sampah berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan memanjat ke dalam tong sampah itu tanpa menghiraukan bau busuk barangan makanan yang mereput untuk mencari baju terpakai. Malangnya dia tidak dapat keluar dari tong itu.


Polis percaya dia berada di situ bersama seorang rakan yang melarikan diri sebaik lelaki terbabit terperangkap.

Orang ramai yang melalui kawasan itu pada mulanya tidak mengendahkan jeritan lelaki itu kerana menyangka ia aksi kamera kandid.

Tetapi akhirnya seseorang menghubungi polis yang datang memeriksa dan menemui lelaki terbabit di dalam.

Anggota polis terpaksa menghubungi majlis perbandaran untuk mendapat bantuan mengeluarkan lelaki itu.

Lelaki berusia 48 tahun itu dilaporkan mempunyai rekod mencuri pakaian dari tong bahan buangan, tetapi kali ini dia tersilap memilih ‘mangsa.’ - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA