Tentera Rogol Wanita Dipenjara


KOTA BHARU: Anggota tentera dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol wanita, tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas mendapati tertuduh Muhammad Hafizan Pauzi, 23 , gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tertuduh sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan RM20,000.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun enam bulan ketika di Loji Air Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang pada 6.30 petang, 19 Februari 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zubairi Salleh.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA