Tentera Laut Singapura Lancar Kapal Perang LMV Buatan Tempatan


SINGAPURA: Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) melancarkan kapal perang ketiga daripada lapan unit baharu Kapal Misi Pesisir Laut (LMV) pada Khamis, lapor portal berita Channel News Asia.

LMV bernama ‘Unity’ itu direka dan dibina di Singapura, sama seperti LMV pertama dan kedua yang diberi nama ‘Independence’ and ‘Sovereignty’.

Kesemua lapan kapal perang tu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2020.

LMV dilengkapi lebih banyak automasi dan sistem pintar berbanding model-model terdahulu iaitu kapal peronda yang sudah 20 tahun digunakan.

Sewaktu majlis pelancaran 'Unity', Menteri Negara Kanan Pertahanan Ong Ye Kung menegaskan betapa asset itu penting dalam menangani ancaman kumpulan pengganas.

“Kumpulan pengganas sentiasa merancang seerangan ke atas kapal tangki di Selat Melaka dan ke atas kapal perang Amerika Syarikat yang dihantar ke Singapura.

“Kita mesti bertindak secara bersepadu sewaktu situasi aman, dan lebih berwaspada ketika berlaku krisis,” ujar beliau dipetik sebagai berkata.

LMV tersebut boleh dilaras dengan modul khusus seperti system tanpa pengendali, operasi helicopter dan kemudahan perubatan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis misi.

Ia juga boleh beroperasi dengan kekuatan anak kapal kurang daripada 30 orang. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA