Tempe Indonesia Makin Laris Di Amerika Syarikat


WASHINGTON DC — Sebuah kedai koperasi bernama French Broad Food yang terletak di bandar raya Asheville, North Carolina menjadi perhatian kerana menjual makanan khas Indonesia, tempe.

Menurut laporan stesen Voices of America (VOA), premis perniagaan itu sebenarnya menjual beli pelbagai produk organik dan makanan kesihatan, namun tempe didapati yang paling laris mendapat permintaan tinggi pelanggan.

Antara yang cukup popular ialah jenama Smiling Hara Tempeh kerana ia turut dijual secara mentah basah selain sudah dimasak kering serta diusahakan sepasang suami isteri warga tempatan, Chad Oliphant dan Sarah Yancey.

Mereka malah amat mahir dalam proses pembuatan tempe yang dipelajari di Microbiotic Institute di Massachusetts dan berbekalkan pengetahuan tersebut, pada 2009 lalu, pasangan ini mengusahakan produk tempe ala Indonesia.


Smiling Hara Tempeh yang bererti ‘perut bahagia’ dalam dialek tempatan, kini laris dijual ke serata restoran dan kedai runcit tidak hanya di Ashville, bahkan meliputi beberapa negeri di kawasan selatan Amerika Syarikat (AS). - mynewshubb

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA