Teksi Boleh Guna Sistem Panggilan Uber, Grabcar


KUALA LUMPUR: Sistem 'e-hailing' (e-panggilan) seperti yang digunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar, bakal diperluaskan kepada perkhidmatan teksi menerusi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (LPKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Syukri, berkata sistem e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan tetapi harus digunakan sebagai peluang oleh pemandu teksi seta pelengkap dalam mengimmbangi tawaran perkhidmatan sesuai dengan perkhidmatan dan aliran pasaran.

Katanya, e-hailing itu nanti perlu beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seluaan undang-undang seperti operasi sedia ada dalam industri teksi.

"Langkah kawal selia ini adalah wajar bagi memastikan keselamatan penumpang dan pemandu terus diberi tumpuan," latanya menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pindaan APAD dan Akta KPKP itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, tahun depan.

Nancy berkata, dasar baharu penggunaan perkhidmatan e-hailing dalam industri teksi menunjukkan kepekaan dan keprihatinan kerajaan yang mengambil kira pandangan dan keperluan kesemua pihak berkepentingan dalam merangka arah tuju masa depan industri berkenaan.

Katanya, sistem itu antara inisiatif baharu Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang mengandungi 11 tindakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.

Selain e-hailing, Nancy berkata, SPAD juga membuka peluang pemandu teksi sistem sewa pajak di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa supaya memohon lesen individu.

"Mereka yang mahu keluar dari sistem sewa pajak turut berpeluang menerima geran RM5,000 daripada kerajaan sebagai subsidi kos memberi kenderaan bahari dan mereka diberikan pilihan jenama dan modelkenderaan sesuai untuk kelas penumpang.

"Kerajaan juga memastikan terma kontrak dalam sistem pajak teksi ditambah baik dengan tumpuan kepada kebajikan pemandu selain kawal selia dalam kontrak pajak teksi supaya tidak wujud tindakan berat sebelah dan melindungi kedua-dua pihak," katanya. BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA