Tebusan Dakwa Terpaksa Makan Tikus


SERAMAI 26 tebusan dari negara Asia yang ditahan selama hampir lima tahun selepas kapal nelayan mereka dipintas di selatan Kepulauan Seychelles pada Mac 2012 telah dibebaskan oleh lanun Somalia, Sabtu lalu.

Oriental Daily melaporkan, menceritakan detik-detik ketika ditahan, mereka mengakui mengharungi hidup dengan perit kerana hanya dibekalkan sedikit minuman dan terpaksa menahan kelaparan sepanjang hari.

Mereka mendakwa, demi mengisi perut, mereka terpaksa makan apa juga benda asalkan tidak kelaparan, termasuklah tangkap tikus dan memasaknya untuk dimakan.

Mangsa ini terdiri daripada rakyat Indonesia, Kemboja, China, Filipina, Taiwan dan Vietnam. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA