Taufan Haima Di 1,485km Ke Timur Laut Sandakan


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mencerap Ribut Tropika Ganas Sarika di 1,754 kilometer (km) ke timur laut Tumpat, Kelantan dan Taufan Haima di 1,485km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Jabatan itu menerusi laman web yang dikemas kini jam 5.30 pagi ini melaporkan Sarika yang dicerap pada jam 5 pagi itu berada di latitud 20.7 utara dan longitud 108.6 timur, 109km ke Tenggara Mong Cai, Vietnam dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 km sejam (km/j).

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 km/j dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di perairan Sabah, Labuan dan Sarawak," katanya.

Sementara itu, Taufan Haima atau juga dikenali sebagai Taufan Lawin yang dicerap pada waktu sama, berada di latitud 16.1 utara dan longitud 126.8 timur, 589km ke Tenggara Luzon, Filipina, bergerak ke arah barat dengan kelajuan 30 km/j.

MetMalaysia menerusi laman web yang dikemas kini jam 7.10 pagi ini juga memberi amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Negeri Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dijangka berterusan hingga lewat pagi ini. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA