Taufan Chaba: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden Taufan Chaba yang melanda bahagian selatan Republik Korea khususnya di kawasan Ulsan, Busan dan Jeju semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung bencana terbabit.

‘‘Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas bencana itu dan memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul di talian +(822)7959203/2077-8600 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..">mwseoul@kln.gov.my.

“Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di 03-88874570 (selepas waktu bekerja) atau 03-88874530,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

- Utusan Malaysia

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA