Tangan Tersangkut Empat Jam



Kuala Lumpur: Bomba berjaya mengeluarkan tangan seorang wanita warga emas berusia 65 yang tersangkut pada lubang tandas di kediaman wanita itu di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, wanita berkenaan difahamkan mahu mengambil gigi palsunya yang terjatuh dalam lubang tandas cangkung sebelum tangannya tersangkut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat untuk mengeluarkan mangsa tersepit jam 7.47 pagi.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah ke lokasi sebelum mendapati mangsa gagal mengeluarkan tangan dari lubang tandas.

"Kami menjalankan operasi dan berjaya mengeluarkan tangannya kira-kira jam 11.30 pagi," katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA