Tampar Warga Emas, Pusat Jagaan Orang Tua Diarah Tutup


MELAKA: Pusat jagaan orang tua di Klebang, di sini, diarah tutup dalam tempoh lima hari bermula semalam selepas tersebarnya viral rakaman video yang memaparkan pengusaha pusat terbabit menampar muka wanita warga emas di bawah jagaannya.

Difahamkan, kejadian menampar itu berlaku dua bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, arahan penutupan itu dibuat berikutan bukti menerusi viral terbabit dan juga disebabkan keengganan pusat terbabit berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku, jadi selepas menerima kiriman video dan beberapa keping gambar mengenai tindakan pengusaha berusia 56 (lelaki) tahun memukul dengan menampar wanita berusia 70-an, saya segera mengarahkan JKM melakukan siasatan.

"Kita memutuskan untuk menutup pusat ini dan dalam tempoh lima hari, pengusaha pusat mesti menghubungi waris penghuni untuk membawa pulang manakala warga tua yang tidak mempunyai waris pula akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan di sekitar negeri ini," katanya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA