Tahniah! Nancy Shukri Terima Gelaran 'Datuk Seri'



KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengetuai senarai 613 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini.

Beliau dan 6 lagi individu dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Turut dianugerahkan SSAP ialah Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datin Latifah Mohd Tahar.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Pahang, penerima lain ialah Profesor Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak Prof Dr Mohd Akram Shair Mohamed, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini Prof Datuk Dr Mushrifah Idris dan Prof Kejuruteraan Elektrik dan Komputer UIAM Gombak, Datuk Seri Dr Mashkuri Yaakob.

Sementara itu, seramai 28 individu menerima Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk termasuk Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah) Datuk Ab Karim Ab Rahman, anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim, kerabat diraja Pahang Tengku Datuk Tengku Nurul Kamalia Tengku Kamil Ismail, dan Tengku Madina Kamalia Tengku Kamil Ismail.

Turut menerima SIMP ialah isteri Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif iaitu Puan Sri Salwany Mohamed Zamri, isteri Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin iaitu Puan Sri Rohani Mohamed Kassim, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang Datuk Zulkifli Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Dr Sallehuddin Ishak.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Dr Shahnaz Murad, Pengerusi Pertubuhan peladang Negeri Pahang (Pasfa) Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Subromaniam Tholasy juga dianugerahkan SIMP.

Seramai 34 orang menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Teo Say Eng, Penasihat Undang-undang Jabatan Peguam Negara Datin Almalena Sharmila Johan Thambu dan Peguam Kanan Persekutuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.

Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Dr Mohd Akhbar Md Said, Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang Datuk Shamsuddin Nawawi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Mohd Yazid Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Pengarah Besar Felda Ab Ghani Mohd Ali dan Timbalan Presiden Sime Darby Plantation Sdn Bhd Hamdan Salim juga dianugerahkan DSAP.

Selain itu, seramai 126 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) juga membawa gelaran Datuk termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan/Temerloh Hassan Abdul Ghani, Pengarah Pejabat Pertanian Negeri Pahang Mohd Anim Hosnan, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pahang Abdul Ghani Abdul Rahman, Duta Malaysia ke Turki Abdul Razak Abdul Wahab, Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Zahida Zarikh Khan dan Pegawai Khas Menteri Besar Pahang Zamary Suleiman juga menerima DIMP.

Selain itu, seramai 41 orang menerima Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) termasuk Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Dr Nor Azlina Abdul Aziz dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Dr Nurly Zahuree Mustapha.

Seramai 66 orang pula menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) termasuk Timbalan Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama Hussain Ali dan Pengarah Unit Komunikasi Media Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Shaharudin Sulaiman.

Sementara itu, seramai 46 orang lagi menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Ahli Mahkota Pahang (AMP) (42), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) (57), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (61) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (106).


- Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA