Swafoto Ketika Undi, Justin Langgar Undang-Undang


PENYANYI popular Justin Timberlake nyaris dikenakan tindakan pihak berkuasa apabila memuat naik gambar dirinya berswafoto atau selfie ketika buang undi di kampung halamannya di Memphis, Tennessee, semalam.

Menerusi gambar yang dikongsi di Instagram, Justin dalam kapsyennya itu teruja menguar-uarkan kepada semua peminatnya untuk beramai-ramai keluar pergi mengundi.

Namun, niatnya itu dianggap salah di sisi undang-undang Amerika Syarikat yang memang tidak membenarkan sebarang aktiviti rakaman dibuat ketika proses pembuangan undi.

Susulan itu, Justin segera memadam gambar selfie kontroversi tersebut setelah dimaklumkan peminat.

Jika sabit kesalahannya itu, Justin boleh disabitkan hukuman penjara selama 30 hari atau didenda AS$50 atau kedua-dua sekali.

Dalam pada itu, timbul persoalan orang ramai mengenai tahap pengawasan keselamatan ketika mengundi.

Tahun lalu, Gabenor Tennessee, Bill Haslam telah menandatangani rang undang-undang di mana orang ramai hanya boleh menggunakan telefon mereka di tempat mengundi.

Ia untuk “tujuan maklumat bagi membantu pengundi dalam membuat keputusan pilihan raya” tetapi mengambil gambar atau video adalah dilarang sama sekali. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA