Suspek Serangan Bom Di Movida Tarik Balik Pengakuan


PETALING JAYA: Dua lelaki yang didakwa melakukan serangan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong pada 28 Jun lalu menarik balik pengakuan bersalah mereka.

Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin.

Terdahulu kedua-dua tertuduh mengaku terlibat dalam percubaan membunuh lapan individu di pusat hiburan tersebut dan memiliki bom tangan.

Pada Isnin, mereka mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan berkaitan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana menggunakan bom tangan.

Hakim Azwarnida Affandi menetapkan 14 November ini untuk sebutan semula kes.

Imam yang berasal dari Puchong diwakili peguam Farida Mohammad dan Wong Kar Fai.

Jonius dari Sabah pula diwakili peguam Aaron Mark Pius, Kong Jiun Yuan dan Joan Sia. - mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA