• Suntik Minyak, Mahu Jadi Arnold Schwarzenegger

    Published: Thursday, 6 October 2016
    A- A+

    SAO PAOLO: Dia ingin kelihatan seperti Arnold Schwarzenegger atau Hulk.

    Kerana itu, ahli bina badan Valdir Segato sanggup menyuntik minyak pada ototnya untuk membantunya mencapai impian menjadi terkenal menerusi fizikalnya.

    Berat badannya meningkat 25 kilogram hasil daripada tindakannya menyuntik sintol ke dalam tubuhnya.

    Walaupun bahaya dan tahu ia boleh membawa maut, Segato berkata, dia berpuas hati dan gembira dengan bentuk badannya.

    “Impian menjadi kenyataan. Saya melihat badan saya dan masih belum puas. Saya gembira kerana menarik perhatian orang ramai,” kata lelaki itu.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Suntik Minyak, Mahu Jadi Arnold Schwarzenegger "