Subsidi Minyak Masak : Satu Lagi Cerita Dongeng Ciptaan Pembangkang

Semalam kecoh kononnya minyak masak habis di pasaraya sebab harganya akan naik bulan depan.

Macam cerita bohong tol hendak naik minggu lepas dan cerita GST akan naik beberapa hari lepas.

Selepas dua cerita bohong ini dinafikan, datang pula cerita subsidi minyak masak hendak dihapuskan.

Pembangkang adalah satu pihak yang gemar membuat kesimpulan sebelum keputusan diumumkan oleh kerajaan kerana ingin menggunakankan persepsi jahat itu menyebar kebencian kepada kerajaan.

Dalam kes ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan pantas menempelak kerajaan kononnya subsidi untuk minyak masak akan ditarik balik berasaskan kenyataan awal daripada Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Makan Malaya (MEOMA).

Kenyataan persatuan itu dipetik oleh Oriental Daily yang memaklumkan bahawa di bawah program penstabilan minyak masak baru yang akan mula dilaksanakan bulan depan, harga minyak masak 1kg peket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.

Daripada kenyataan itu, Guan Eng dengan lagak sombong membuat cerita dongeng bahawa kerajaan yang dikatakan olehnya sebagai kerajaan UMNO akan membuatkan golongan miskin terjejas.

DAP mengecam tindakan itu yang belum pun diputuskan tetapi kerajaan sudah pun dipersalahkan.

“Kalau bukan kerana pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi minyak tidak akan memberi kesan yang besar kepada keluarga miskin.

“Namun, pemansuhan subsidi berkenaan tanpa memansuhkan GST hanya akan melebarkan lagi jurang pendapatan dan mengakibatkan keadaan golongan miskin bertambah parah,” kata Guan Eng semalam mendongengkan fakta.

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani meredakan dan menutup semua spekulasi apabila mengumumkan bahawa subsidi berkenaan tidak dihapuskan pun oleh kerajaan dan rakyat akan terus menikmatinya.

"Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi," katanya di lobi Parlimen semalam.

Johari diminta mengulas laporan awal oleh Oriental Daily yang melaporkan akan berlaku kenaikan itu.

Itulah lumrah gerak kerja pembangkang, mereka hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai sehingga terjadinya kelompangan untuk memanipulasi keadaan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan pemimpinnya.

Oleh kerana strategi lapuk itu sudah bertahun-tahun mereka amalkan, rakyat dan pengundi makin sedar niat mereka hanya mahu mempergunakan untuk kepentingan politik, oleh sebab itu BN terus kukuh dan mereka terus gagal.

Siapa pun boleh ambil gambar rak kosong kononnya minyak habis di pasaraya. Sudah sudah lah buat cerita karut. Rakyat juga kena matang menilai.

Semak dulu sumber sesuatu fakta, jangan terus marah dan panik. Kalau terus beremosi begitu, tepuk tanganlah pembangkang kerana melihat rakyat termakan umpan fitnah mereka.

Tulisan :
Beruang Biru
BB95, Jumaat
21 Oktober 2016

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA