• Suami Isteri Tinggalkan Kembar Siam

    Published: Monday, 17 October 2016
    A- A+

    DHAKA: Sepasang kembar siam yang dilahirkan dengan dua kepala, empat tangan dan dua kaki ditinggalkan oleh ibu bapa mereka di sebuah hospital di sini.

    Kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di unit bedah pediatrik Hospital Kolej Perubatan Dhaka awal pagi semalam.

    Timbalan Pengarah hospital, Khaja Abdul Gafur berkata: “Kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah klinik yang tidak diketahui di Dhaka sebelum dibawa ke hospital ini.

    “Ibu bapa mereka kemudian meninggalkan bayi itu,” katanya.

    Penyelia wad kanak-kanak hospital berkenaan, Zillur Rahman berkata, pihaknya kini terpaksa menjaga mereka.

    Sementara itu, Nasima Akther, jururawat yang menjaga bayi berkenaan berkata, kembar siam itu tidak boleh bergerak, kencing atau menangis.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Isteri Tinggalkan Kembar Siam "