‘Starbucks Uncle’ Selamba Lepak Ketika Banjir


Lelaki warga emas ini telah mendapat gelaran ‘Starbucks Uncle’ oleh netizen selepas dia dengan selamba duduk di Starbucks meskipun kawasan berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat yang dibawa oleh taufan Sarika dan Haima, di Hong Kong.

Gambar berkenaan dirakamkan di pusat beli belah Chai Wan dan telah dikongsi dalam media sosial.

Lelaki itu duduk di situ kira-kira sejam dan selepas air surut, dia beredar dari kawasan berkenaan bagi membolehkan kakitangan Starbuck membersihkan kedai terbabit.

Walaupun keadaan di kedai itu hanya menampakkan lelaki berkenaan sahaja namun menurut petugas di Starbuck terbabit, sebenarnya terdapat beberapa pelanggan lain di dalam.

Gambar itu menjadi popular di Facebook dan menerima lebih 18,000 maklum balas selepas ia dimuatnaik oleh Kristy Chan.

Beberapa hari lalu, Hong Kong telah dibadai dua taufan iaitu Sarika dan Haima, hingga membawa hujan lebat.–mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA