Spender Biadap: Rani Kipidap Desak Australia Mohon Maaf


KUALA LUMPUR: Australia perlu mohon maaf kepada Malaysia atas perlakuan biadap rakyatnya hina Jalur Gemilang sewaktu perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Sepang, Ahad lalu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau yang lebih mesra dikenali dengan tagline ‘Kipidap Dongibap’ itu berkata, penghinaan terhadap Jalur Gemilang tidak dapat diterima dan kerajaan negara terlibat seharusnya turut meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia.

“Kami akan turut menghantar memorandum (bantahan) ke Suruhanjaya Tinggi Australia susulan kelakuan biadap rakyat mereka itu,” katanya mengulas isu pemakaian seluar dalam oleh sembilan warga Australia ketika F1 kelmarin.

Pada Ahad lalu, sekumpulan lelaki berkenaan dirakam bergembira meraikan kejayaan pelumba negara mereka dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang dan imej itu kemudian menjadi viral menerusi media sosial.-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA